Blog Saya Di taja Oleh:

Friday, August 28, 2009

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

My Stick Family from WiddlyTinks.com

Tanda-tanda Bersalin

Salam Ramadhan..... dah masuk hari ke 7 umat islam berpuasa.. alhamdulilah aku berjaya mengharungi nya.. moga bb pun pandai berpuasa nanti....

Hari ni tak tahu nak coret aper.. tapi memandangkan aku dah masuk 37 weeks pregnancy.. so just nak share tanda-tanda bersalin.... setakat hari ni aku dah rasa sakit2 pinggang, kadang terasa perut memulas... show belum ader.. contraction pun tak regular sgt... so senang kata.. aku ni tgh menghitung hari...

Disini ader beberapa info yang aku perolehi semasa aku melayari sesarang untuk menambah ilmu ... jom share...

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

* Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
* Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
* Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
( http://dukeamienerev.blogspot.com/2007/05/tanda-tanda-bersalin-dan-petua-mudah.html)

Tanda-tanda hendak bersalin
Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
(http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=161:tanda-tanda-bersalin&catid=39:semasa-kelahiran&Itemid=61)

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:

1. Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
2. Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
3. Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.
(http://mengandung.com/v5/semasa/tanda-tanda-nak-bersalin.html)



oleh itu secara kesimpulannya... aku tgh tunggu show .. baru aku pi hospital.....

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan....

Hari ni dah masuk hari ketiga berpuasa.... alhamdulilah... selama 2 hari ni aku berjaya berpuasa penuh.. namun ader juga sindrom... yg membuatkan diri tidak kuat,, tp dgn rehat yg mencukupi.. aku berjaya juga hingga waktu berbuka...

Namun hari ni dah naik keje... so aku tak pasti samaada dapat bertahan atau tidak... ini ada sedikit info yg boleh aku kongsikan dengan kawan2 tentang info-info berpuasa semasa kehamilan....

Suami dah pesan pagi tadi... kalau x tahan... berbukalah.. takut mendatangkan masalah.. tp nak berbuka pun.. bkn ader aper.. stok semua dah abis..:)
so.. we sill see then...

oklah... ngantuk dah ni.. keje kat opis pun dah tak banyak... ingat nak ambik cuti awal.. tp tak pasti lah .. sbb nanti kena naik keje awal....dah lah anual leave dah abis...takkan nak ambik unpaid leave... setakat sehari dua leh tahan lg....


oh ya.. jgn lupa baca info ni.. dekat sini yer....
http://hikmah.azhad.com/2008/09/panduan-kehamilan-semasa-puasa.html

:)

Friday, August 21, 2009

Ramdhan tiba lagi....




Ramadhan datang lagi.....

Kini Umi bakal menanti kehadiran bb dalam bulan ramdahan.... rasanya bulan yg mencabar bg umi.. tak terlintas atau terpikir bagaimana harus umi lalui..... tp umi cuba laksanakan tanggungjawab umi sebaiknyer...

mari kita kongsikan bersama.. lafaz niat ramdahan...

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

doa berbuka pula....

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

" Selamat Menyambut Bulan Ramdhan... dan laksanakan lah kewajipan anda sebaiknya..."

Danisy demam....

Semalam ( 20.8.09) Danisy demam.... mlm sebelummya dah umi bawa Danisy g klinik.. tp alhamdulilah sebab.. dier demam biasa. Tapi umi terlupa nak ambik MC... so esok nya... umi gi klinik yg sama utk minta MC .. sekaligus umi scan bb yg dalam kandungan ni....

Rupanya Danisy ni demam nak tumbuh gigi graham bawah. tu yg dier demam.. tido pun pun tak selesa ajer.. asyik merenggek ajer...

Perkembangan bb pula... doctor scan... berat jangkaan adalah 3.4 kg.. bb kali ni berat sedikit daripada danisy... dulu danisy lahir 3.1 kg.... due date dalam scan semalam 12.9.09....

tiba-tiba.... terasa boleh ke bersalin normal lagi...? tp x mustahil.. sbb Erra boleh.. takkan umi tak boleh betul tak?... kalau boleh tak nak c-zer....

Ya Allah.... hambamu.. memohon agar dipermudahkan urusan bersalin nanti.... agar hambamu dan bayi nye selamat semuanya.... Amin....

Wednesday, August 19, 2009

Thanks.....

Kite nak ucapkan thank you pada Intan.. cause sudi ajar akak pasal blog ni.. hehehehehe

gelagat danisy...

Erm petang-petang cengini.. wat mata umi mengantuk sangat.... so alang2 tgh tak der keje sangat... leh lah nak kongsi sikit sebanyak gambar2 gelagat danisy.... antaranya...
Gambar ni.. masa kat Hotel selesa PD... Danisy mmg suka main air.. pantang kite sebut perkataan "mandi" tgn dia dah wat "tap-tap" sambil nak buka baju.






Yang ni pun gambar kat PD....











yg ni pula adik sepupu si Aisya ni suka main camera laptop kak dila... so salah satu hobi dier suka padankan muka org dgn objek2 yg ader dlm webcam tu... antara nya.. rambut palsu danisy ni.. hehehehehe comel tak dier?





ni gambar masa danisy umur 3 bulan... patung sebelah tu namanye BUBU.. first time belikan kat dia.. tp sekarang patung tu dlm kotak mainan je.. tak sentuh dah.







Ni gambar Danisy tido..."Shuuuuu.... Danisy Sleep"

aktif nye baby umi ni

hari ni.. bb ni dah mengeras sejak bgn pagi lagi... pastu bila umi dah sampai opis.. rajin pulak dier wat aksi tendangan dier...wat umi rasa serba tak kena.... kenapalah dgn bb ni.. dah tak sabar nak kuar utk jumpa umi,ayah n abg danisy,.....? sabarlah bb.. umi ader tempoh 3/4 minggu lagi lah.... so.. sabar2 lah... memandangkan ayah nak g kerja jauh hari ni... dia nak p perlis ada meeting... sib baik... ayah p satu mlm ajer....

wat ayah.. hati2 masa naik flight tu... kalau tak sihat terus gi klinik k.....

Tuesday, August 18, 2009

Kenapalah...

Hai.. makin dekat detik ... bersalin.... minggu ni pula umi rasa loya-loya pula.. makan semua tak kena... aduh... x tahu nak gambarkan macam mana.... pening rasanye...
hopefully tak der aper2lah....

Monday, August 17, 2009

Penantian

Kini.... kami tengah menunggu kelahiran cahaya mata kami yang kedua.... jangkaan tarikh kelahiran pada 16.9.2009.... sama-samalah kita nantikan kehadirannye... amin


Get your Pregnancy Ticker

Pregnancy Week by Week

Bermulalah Fasa kedua.....

Bermulah episod kedua setelah berumah tangga dimana .... kami dikurniakan seorg cahaya mata pada 16.6.2008 iaitu... Muhammad Hafiz Danisy Bin Hafiszal...




Pengenalan Keluargaku.....

Ayah..... Namanya Hafiszal Tukemin...
Umi......Namanya Hana Azreen Abdul Hamid
Kami bernikah pada 30.3.07

ini antara nya gambar nikah n majlis persandingan di kedua-dua belah pihak...




Followers

Blog Saya Di taja Oleh: